Labels

Friday 2 March 2012

UPSR: Latihan tatabahasa




 LATIHAN TATABAHASA 4
1. Murid – murid kelas itu ______________ menyiapkan kerja masing – masing.
A. meminta C.   permintaan
B. diminta D.   mintalah

2. Mangsa – mangsa kemalangan itu ______________ rawatan pesakit luar.
A. melalui C.   menjalani
B. memasuki D.   mengharungi

3. Seekor ikan paus ______________ di pantai Merdeka.
A. terbaring C.   terperosok
B. tertiarap D.   terdampar

4. Ayah sudah ______________ bayaran bil elektrik.
A. menegaskan C.   melenyapkan
B. menjelaskan D.   mengeluarkan

5. Ibu menyuapkan ______________ pulut ke mulut adik.
A. seketul   C.   sekepal
B. sepinggan D.   sepinggan

6. Hanya segelintir penduduk kampung yang mempunyai kereta lebih daripada ______________.
A. sebiji C.   sebuah
B. sebutir D.   sepotong

7. Dia berasa ______________ untuk menerima bantuan daripada orang yang tidak dikenalinya itu.
A. buta hati C.   besar hati
B. tawar hati D.   berat hati

8. Salwa meluahkan ______________nya kepada kami sembil menangis.
A. patah hati C.   khabar angin
B. isi hati D.   titik peluh

9. Tan Meng tidak ______________ untuk meninggalkan adiknya seorang diri di situ.
A. mengambil berat C.   sampai hati
B. mengambil hati D.   sampai hajat

10. Baju itu dibuat ______________ sutera.
A. dari C.   dengan
B. daripada D.   di
11. Orang kenamaan itu sedang beramah mesra ______________ kanak – kanak cacat di majlis itu.
A. terhadap C.   dengan
B. pada D.   bagi

12. Puan Geeta ke dapur ______________ menjerang air.
A. sambil C.   dan
B. lalu D.   maka

13. Encik Lim ______________ ke pejabat dengan basikal.
A. mundar – mandir C.   lalu – lalang
B. lambat – laun D.   ulang - alik   
 
14. Encik Malik sedia berkhidmat ______________ tenaganya diperlukan.
A. walaupun C.   selagi
B. sehingga D.   kerana

15. “Wah, ______________ betul cuaca hari ini!” kata Rosli.
A. bersih C.   cerah
B. nyaman D.   cantik

16. Air tasik yang ______________ itu berkocak apabila dilempari batu.
A. hening C.   syahdu
B. nyaman D.   tenang

17. Majlis perasmian itu berjalan dengan ______________.
A. laju C.   lancar
B. pantas D.   licin

18. David sentiasa berfikir ______________ sebelum melakukan sesuatu.
A. banyak C.   jauh
B. panjang D.   lama

19. Nenek menatap wajah kami ______________.
A. sedikit – sedikit C.   jelas – jelas
B. lama – lama D.   kuat – kuat

20. Perbuatan ______________ di pusat beli – belah tidak berfaedah.
A. membeli – belah C.   merayau – rayau
B. melihat – lihat D.   meninjau – ninjau



JAWAPAN
1. B
2. B
3. D
4. B
5. C
6. C
7. D
8. B
9. C
10. B
11. C
12. B
13. D
14. C
15. C
16. D
17. C
18. B
19. B
20. C

No comments:

Post a Comment