Labels

Thursday 1 March 2012

ekonomi: Teori KEUSAHAWANAN

Dalam bidang pengajian keusahawanan, tidak terdapat satu definisi usahawan yang konklusif kerana sifatnya yang merentas disiplin - (multi-disciplinary). 
Secara amnya, takrif usahawan boleh dikelompokkan kepada empat kategori: 

a.Ekonomi
b.Sosiologi
c.Psikologi
d.Pengurusan
 


Pertama: Perspektif Ekonomi 
Mentakrifkan usahawan melalui sumbangan dan peranan yang dimainkan dalam pembangunan ekonomi. Contoh: pengagihan sumber ekonomi yang efisyen, penyediaan peluang pekerjaan, mencetuskan inovasi dll. 

Kedua: Perspektif Sosial 
Mentakrifkan usahawan sebagai satu generasi atau kelompok masyarakat yang menjadikan keusahawanan sebagai satu bidang kerjaya mandiri yang boleh mengubah status kehidupan. Contoh: survival masyarakat pendatang Cina, Indonesia dsbnya. 

Ketiga: Perspektif Psikologi 
Mentakrifkan usahawan dengan melihat kepada gelagat (behavior) serta ciri-ciri peribadi dan personaliti. Contoh: cara pengambilan risiko, punca kawalan diri, kehendak terhadap pencapaian, takut kepada kegagalan dsbnya. 

Keempat: Perspektif Pengurusan 
Mentakrifkan usahawan sebagai pengurus strategik di mana peranan usahawan ialah untuk memastikan perniagaan memperolehi keuntungan dan berkembang. Contoh: Alat-alat pengurusan strategik digunakan untuk mencapai objektif perniagaan.

No comments:

Post a Comment