Labels

Friday, 2 March 2012

UPSR:contoh karangan UPSR: karangan jenis biografi. :


Soalan
Pada cuti semester yang lalu anda telah tinggal bersama-sama pakcik anda. Pakcik anda itu penoreh getah. 
Ceritakan kehidupan seharian pekacik anda itu dalam bentuk karangan.





Pakcik saya penoreh getah. Rumahnya tidak jauh dari sebuah kebun getah. Kebun getah itu
kepunyaan dirinya sendiri.

Setiap hari, pagi-pagi lagi dia sudah keluar dari rumahnya untuk pergi menoreh. Dia menunggang
sebuah basikal.

Pakcik saya memakai topi yang berlampu suluh di kepalanya. Tujuannya supaya kerja -kerja emnoreh
getah dapat dilakukan walaupun keadaan masih gel ap. Dia menoreh getah dari sebatang pokok ke sebatang
pokok getah yang lain sehinggalah kerja-kerja menoreh itu selesai dijalankan.

Sejam kemudian, pakcik saya akan mengumpul susu getah yang telah bertakung di dalam sebuah  mangkuk setiap pokok getah yang ditorehnya tadi. Susu getah dikumpul ke dalam sebuah baldi kecil. Apabila
baldi kecil itu penuh, dia akan memindahkan susu getah itu ke dalam sebuah takungan besar.

Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, pekerjaan itu pun selesai. Pakcik saya akan menghant ar susu
getah yang telah terkumpul itu ke pusat penjualan.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment