Labels

Thursday 1 March 2012

UPSR :contoh karangan UPSR: karangan jenis cereka



Suatu hari ketika kamu tinggal sendirian di rumah, kamu telah dikejutkan oleh suara riuh -rendah. Apabila 
kamu menjenguk ke luar, kamu dapati asap berkepul-kepul naik ke angkasa dari rumah jiran kamu. Ceritakan 
peristiwa yang kamu saksikan itu


Pada hujng minggu yang lepas, saya terpaksa tinggal sendiran di rumah kerana ibu bapa saya pergi
ke tempat kenduri kahwin. Untuk menghilangkan rasa jemu, saya membaca sebuah buku cerita.

Ketika say leka membaca , tiba-tiba saya terdengar suara riuh-rendah meminta tolong. Saya segera
menjenguk ke luar. Alangkah terkejutnya saya apabila saya dap ati asap berkepul-kepul keluat dari rumah
jiran saya. Suatu kebakaran telah berlaku.

Orang ramai mula berkumpul di situ. Ada yang cuba memadamkan kebakaran dan ada yang
menolong memunggahkan barang-barang. Saya mulai berasa bimbang kalau-kalau api itu merebak ke
rumah saya.

Tanpa berlengah-lengah lagi , saya terus menelefon pihakbomba. Sepuluh minit kemudian, anggota
bomba pun tiba di situ.Ahli-ahli bomba telah bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Akhirnya kebakaran itu dapat
dikawal daripada merebak. Saya berasa gembira kerana rumah saya terselamat daripada kebakaran
tersebut.


No comments:

Post a Comment