Labels

Thursday 1 March 2012

UPSR : contoh karangan UPSR (situasi):Keputusan UPSR telah diumumkan . Anda mendapat keputusan yang cemerlang. Bagaimanakah perasaan anda ?


Keputusan UPSR telah diumumkan . Anda mendapat keputusan yang cemerlang. Bagaimanakah perasaan anda ?


Saya bersyukur dan bertuah kerana usaha saya selama ini telah pun berhasil. Saya membuat
persiapan rapi untuk peperiksaan ini semenjak awal tahun lagi.

Kejayaan ini juga merupakan kejayaan ibu bapa, guru -guru dan rakan-rakan saya. Ini kerana
dorongan dan bimbingan daripada mereka menjadi kunci kejayaan saya.

Saya juga berasa bangga kerana mampu membuktikan kepada orang ramai bahawa seorang anak
kampung daripada keluarga miskin dapat juga berjaya. Saya sedar kemiskinan bukanlah penghalang untuk
seseorang itu mencapai kejayaan.

Saya berharap kejayaan ini akan menjadi pendorang kepada adik -adik saya. Saya berjanji akan
belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan yang lain.

No comments:

Post a Comment