Labels

Friday 2 March 2012

Contoh Teks Syarahan PSUB (Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis):Hidup Muafakat Membawa Berkat

Teks 2: Hidup Muafakat Membawa Berkat


Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing, Bulat air kerana pembentung, Bulat kata kerana muafakat.Salam perpaduan dihulurkan untuk semua. Terima kasih tuan pengerusi majlis, yang saya hormati, dif-dif kehormat, panel hakim yang arif lagi bijaksana serta sentiasa menegakkan paksi kebenaran, warga pendidik yang budiman seterusnya hadirin yang saya kasihi. “Hidup Muafakat Membawa Berkat” begitulah nada lirik syarahan saya pada hari ini.Tuan-tuan dan puan-puan,, Kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh sesebuah negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia adalah berpaksikan permuafakatan yang lahir dari nurani yang suci. Kita perlu berkerjasama dan saling membantu tanpa mengira ras dan warna kulit. Perkara ini tidak dapat disangkal lagi kerana pesanan nenek moyang masih segar dalam ingatan. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Dengan terbinanya amalan berkerjasama antara kaum, maka akan wujudlah perpaduan dan kesejahteraan hidup. Tanpa sikap tolak ansur dan bekerjasama, perbalahan dan pergeseran kaum mudah berlaku.Sidang dewan yang saya kasihi, Masih ingatkah anda wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh bekas Perdana menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad? Dalam cabaran yang kelima telah dinukilkan dengan jelas iaitu untuk membangunkan masyarakat yang bertoleransi. Ini bermakna rakyat



Malaysia yang pelbagai kaum bebas mengamalkan adat istiadat, budaya dan agama tanpa sekatan dan kongkongan. Masyarakat Tionghua tanpa canggung memakai baju kurung dan kebaya. Begitu juga masyarakat Melayu betapa anggun mengenakan ceongsam dan sari. Keadaan inilah yang menonjolkan keunikan negara



Malaysia yang maju dan dibangunkan oleh rakyat yang berbilang kaum dan agama.Hadirin yang saya hormati,Dalam hidup berjiran tetangga kita perlu mewujudkan masyarakat yang saling mengambil berat antara satu dengan yang lain tanpa memikirkan budaya dan agama. Yang buta dipimpin, yang sakit diziarahi.Susah senang sesama jiran ditangani bersama. Bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dipinggirkan daripada sanubari. Justeru, marilah kita sama-sama mengutamakan hal-hal kekeluargaan dan kemasyarakatan yang mendasari semangat kejiranan. Saranan ini bertepatan dengan dasar kebudayaan yang menggalakkan keharmonian perhubungan antara kaum. Jiran sepakat membawa berkat.Warga dewan yang setia,Generasi hari esok adalah pewaris kepemimpinan hari ini. Institusi pendidikan memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan mempunyai jati diri. Seandainya sikap individualisitik dan materialistic wujud di kalangan pelajar maka berkemungkinan akan melahirkan prejudis terhadap rakan etnik yang lain. Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, unsur-unsur negatif ini dapat ditangani demi kepentingan perpaduan nasional. Akhirnya marilah kita bersama-sama bersatu mengekal dan mengukuhkan permuafakatan.Sebelum saya mengundur diri, renunglah madah ini “Jangan biarkan kudis menjadi sopak, sopak pula menjadi kusta”. Sekian, terima kasih. 

No comments:

Post a Comment