Labels

Thursday 1 March 2012

UPSR :contoh karangan UPSR: Tulis satu karangan yang bertajuk ’ Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan




Tajuk : Tulis satu karangan yang bertajuk ’ Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan


Pada tahun lalu, aku menghabiskan cuti persekolahan di kampung bersama datuk dan nenek.

Pada suatu malam , aku pergi ke rumah Ludin, teman lamaku. Oleh kerana sudah lama tidak
berjumpa, kami seronok bercerita. Bila aku sedar malam sudah larut, aku bergegas pulang.

Dalam perjalanan pulang, hatiku tiba-tiba berasa cemas. Walaupun telah lama berjalan, rumah
nenek masih juga tidak kelihatan. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Tidak ada sebuah rumah pun di
situ. Bulu romaku berdiri tegak. Barulah aku sedar, rupanya aku tersesat jalan.

Tiba-tiba di satu selekoh, aku terpandang satu lembaga menuju ke arahku. Aku berasa amat takut
sekali. Aku cuba membuka langkah. Tetapi belum sempat aku melangkah, kakiku terpijak benda tajam, lalu
terjatuh. Kemudian, aku tidak sedarkan diri.

Bilaku membuka mata, kulihat aku sudah berada di rumah datuk . Menurut nenek, datuk menemuiku
terbaring di tengah jalan ketika keluar mencariku. Aku menceritakan kepada mereka apa yang terjadi. Datuk
dan nenek tersenyum sesama sendiri. Rupa-rupanya lembaga yang aku takutkan itu adalah datukku sendiri


No comments:

Post a Comment