Labels

Friday 2 March 2012

UPSR contoh Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara


TAJUK
Andaikan bahawa anda menyertai pertandingan syarahan.Dalam pertandingan itu anda telah mendapat 
tempat kedua.Anda telah dikalahkan oleh peserta bukan melayu.Anda ingin mengucapkan tahniah dan 
menyatakan perasaan kagum anda akan kebolehannya.Tulislah dialog anda selengkapnya



( Siva sedang asyik membaca sebuah buku cerita di perpustakaan sekolah )

Azman :  Tahniah,Siva,kerana kamu berjaya dalam pertandingan syarahan itu.

Siva :  Terima kasih.Saya berharap supaya kejayaan ini akan menaikkan semangat pelajar -pelajar bukan  Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.

Azman :  Saya kagum melihat kamu bersyarah pada hari ini.Setiap perkataan yang awak ucapkan jelas dan
 lancar.Bagaimanakah  cara kamu mempelajari bahasa melayu ?

Siva :  Keluarga saya menggalakkan saya membaca buku-buku bahasa melayu yang bermutu .Di  samping itu,saya mempelajari  tatabahasa dengan baik.Saya selalu membuka kamus  untuk  mempelajari ejaan dan makna kata-kata yang saya baca. Saya melatih diri saya menggunakan  bahasa baku apabila membaca atau bercakap

Azman :  Kalau begitu ,tidak hairanlah saya apabila kamu berjaya mengalahkan saya dan beberapa pelajar  Melayu yang lain dalam pertandingan itu.Saya malu,Siva.

Siva :  Mengapa ?

Azman :  Selama ini saya menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mudah kerana itu  adalah
                bahasa ibunda saya.Rupa-rupanya saya silap.

Siva :  Baguslah,Azman,kalau kamu sudah sedar.Sama-samalah kita belajar menguasai bahasa
                kebangsaan negara kita

Azman :  Ya,baiklah ,Siva..

1 comment: