Labels

Thursday 1 March 2012

SPM PMR esei contoh karangan : Malaysia Sebagai Negara Maju

Malaysia Sebagai Negara Maju Sepenuhnya - Satu Takrif 

Menjelang tahun 2020, Malaysia dapat menjadi negara bersatu, dengan masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan kental. 

Tidak akan wujud Malaysia yang maju sepenuhnya sehingga kita akhirnya dapat mengatasi sembilan cabaran strategik yang kita hadapi sejak kelahiran kita sebagai sebuah negara merdeka. 

Cabaran pertama ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuh- nya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. 

Yang kedua ialah cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain. 

Cabaran ketiga yang sering kita hadapi ialah usaha mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun. 10. Keempat ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didokong oleh nilai etika paling tinggi. 

Cabaran kelima yang selalu kita alami adalah untuk mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara. 

Keenam ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. 

Cabaran ketujuh untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh. 

Kelapan ialah cabaran untuk memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan pengenalan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum. 

Cabaran kesembilan ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental. 

Kita sudah lama berusaha ke arah mencapai matlamat berkenaan. Kesembilan matlamat utama yang dinyatakan ini tidak semestinya menjadi urutan keutamaan kita untuk tiga dekad akan datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan. 

Tetapi tentulah memeranjatkan jika cabaran strategik pertama yang saya sebutkan - mewujudkan negara Malaysia bersatu - tidak akan menjadi keutamaan yang paling asas, paling pokok. 

Oleh sebab apa yang akan saya katakan pada pagi ini banyak tertumpu pada pembangunan ekonomi, izinkan saya tekankan sekali lagi bahawa pembangunan sepenuhnya ke arah masyarakat maju yang kita cita-citakan - walau macam mana setiap kita mahu mentafsirkannya - tidak boleh dimaksudkan pada kemajuan kebendaan dan ekonomi sahaja. Pembangunan ekonomi tidak seharusnya menjadi satu-satunya matlamat paling utama untuk memenuhi keperluan negara kita. 

Oleh sebab Majlis ini perlu menumpukan perhatian pada isu pembangunan ekonomi dan keadilan sosial ekonomi, yang bagi negara ini perlu diusahakan bersama-sama untuk masa depan yang lebih cerah, izinkan saya jelaskan tanggapan mengenai cabaran strategik utama yang berkaitan dengan dua matlamat penting ini. 

Pada ketika ini, lebih baik kita jelaskan dengan lebih terperinci matlamat mewujudkan keadilan ekonomi dalam masyarakat. 

Daripada serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru (DEB), tiada sesiapa pun yang menentang pembasmian kemiskinan geografi. Semua tinggal di kawasan di selatan, utara, timur atau barat, mesti dinaikkan daripada garis kemiskinan mutlak. 

Negara ini mesti mampu menyediakan cukup makanan diatas meja supaya tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang mengalami masalah kekurangan zat makanan yang teruk. Kita mesti menyediakan secukupnya keperluan asas seperti tempat tinggal, hak mendapat kemudahan kesihatan, dan semua keperluan asas yang lain. Malaysia yang maju perlu mempunyai kelas menengah yang besar dan bertenaga dan menyediakan peluang secukupnya untuk mereka di peringkat bawahan keluar daripada belenggu kemiskinan relatif. 

Mata serampang kedua, iaitu memansuhkan pengenalan kaum berasaskan fungsi ekonomi utama, juga diterima umum walaupun ada yang beranggapan bahawa ia boleh dicapai tanpa mengubah sebarang kedudukan. Jika kita ingin membina masyarakat adil, kita mesti menerima beberapa tindakan tegas Ini bermakna dalam pelbagai sektor pekerjaan yang penting, campuran pelbagai kaum yang mewujudkan negara Malaysia patutlah ada. Melalui usaha yang sah, kita mesti memastikan imbangan yang adil dalam profesion dan semua kategori pekerjaan utama. Sudah tentu kita juga mesti menekankan mutu dan kebolehan. Tetapi kita mesti memastikan pembangunan sihat masyarakat Bumiputera yang mampu dan gigih dalam bidang perdagangan dan perindustrian. 

Malaysia maju tidak harus mempunyai masyarakat yang mengaitkan kemunduran ekonomi dengan kaum. Ini membawa makna kesamarataan pendapatan individu, iaitu keadaan semua rakyat Malaysia mempunyai pendapatan yang sama. Ini mustahil individu, melalui kita, kita semua akan mempunyai nilai ekonomi yang berlainan, dan akan menerima Kesamarataan dalam pendapatan diperjuangkan oleh fahaman sahaja mustahil tetapi tidak ada ia satu formula untuk kehancuran. 

Tetapi saya yakin bahawa merapatkan jurang pendapatan kaum, melalui persamaan perkhidmatan sosial dan infrastruktur yang lebih dekat, melalui pembangunan budaya ekonomi yang sesuai dan melalui pembangunan sumber manusia sepenuhnya, adalah perlu dan memang dikehendaki. Kita mesti menanam cita-cita menjelang tahun 2020 hendak mencapai tahap tidak seorang pun dapat mengatakan kumpulan kaum tertentu pada asasnya mundur dari segi ekonomi manakala satu kaum lagi maju. Keadaan seperti itulah yang mesti kita usahakan - secara lancar, berkesan, dengan adil dan penuh dedikasi. 

"Perkongsian penuh dalam kemajuan ekonomi" tidak bermaksud perkongsian penuh dalam kemiskinan. Ia mestilah bermaksud imbangan adil dari segi penyertaan dan sumbangan semua kaum - termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak - dalam sektor ekonomi kita yang cepat membangun dan moden. Ia mestilah bermaksud agihan yang adil dari segi kawalan, pengurusan dan hakmilik ekonomi moden. 

Untuk mencapai matlamat keadilan ekonomi dalam masyarakat, kita mesti meningkatkan program kita untuk pembangunan sumber manusia dengan pesatnya. Memang ada keperluan untuk menjamin kewujudan masyarakat Bumiputera yang mampu supaya setaraf dengan masyarakat bukan Bumiputera. Memang ada keperluan untuk revolusi mental dan perubahan budaya. Semua tugas untuk memajukan diri perlu kita lakukan sendiri. Dalam usaha memperbetul ketidakseimbangan ekonomi, perlu wujud penekanan penuh untuk mencapai kemajuan dengan segera serta hasil yang produktif - pada kos paling rendah dari segi ekonomi dan masyarakat. 

Untuk mewujudkan masyarakat makmur, kita boleh menetapkan beberapa banyak matlamat yang berasaskan aspirasi. Saya yakin bahawa kita harus menetapkan matlamat yang munasabah (sebagai lawan kepada matlamat beraspirasi) untuk menggandakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar kita setiap 10 tahun antara 1990 dan 2020. Jika kita lakukan ini, KDNK kita akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990. KDNK kita pada 1990 ialah $115 bilion. KDNK kita pada 2020 patut menjadi kira-kira $920 bilion dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990). 

Pertumbuhan pesat ini memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira tujuh peratus (dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun akan datang. Diakui bahawa ini anggaran menetapkan matlamat yang tinggi diri kita untuk gigih berusaha. 

Kita mesti waspada akan 'keasyikan pertumbuhan', iaitu bahaya mengejar angka pertumbuhan yang ditetapkan tanpa menghirau iltizam yang perlu untuk menjamin kestabilan, mengawal kadar inflasi supaya sentiasa rendah,menjamin kadar pengekalan, membangunkan mutu hidup kita dan taraf hidup, dan pencapaian matlamat sosial lain. Ini akan menjadi usaha yang sukar dengan pelbagai kejayaan dan kegagalan. Tetapi saya yakin ini dapat dilakukan. 

Pada 1960-an, pertumbuhan kita adalah pada kadar purata 5.1 peratus setahun; pada 1970-an, dekad pertama DEB, pertumbuhan Malaysia adalah pada kadar purata 7.8 peratus; pada 1980-an kerana tahun-tahun kemelesetan, pertumbuhan kita ialah pada kadar purata 5.9 pcratus setahun. 

Jika kita mengambil 30 tahun lalu KDNK kita meningkat setiap tahun dalam nilai sebenar pada kadar purata 6.3 peratus setahun. Jika kita mengambil 20 tahun lalu, pertumbuhan kita adalah pada kadar purata 6.9 peratus setahun. Yang diperlukan ialah tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus. Sudah pasti jika kita berusaha sepenuhnya, Insya-Allah 0.1 peratus ini dapat dicapai. 

Jika kita berjaya, dan diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5 peratus, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar) berbanding 1990. Itulah ukuran masyarakat makmur yang kita inginkan dan harap dapat mencapainya. 

Perkara kedua dalam matlamat ekonomi kita ialah usaha menjamin kewujudan ekonomi yang bersaing. Ekonomi sedemikian patut dapat bertahan bagi tempoh yang lebih lama, bersifat dinamik, giat dan kental. Ia mesti membawa maksud, antara lainnya: Ekonomi yang pelbagai dan seimbang dengan sektor perindustrian yang matang dan luas asasnya, sektor pertanlan yang matang dan maju dan sektor perkhidmatan yang berkesan, produktif serta matang; Ekonomi yang cepat bertindak, pantas menyesuaikan n persaingan; Ekonomi yang mempunyai teknologi yang cekap, mampu sepenuhnya disesuaikan, diubahsuai dan dicipta, ekonomi yang semakin berpusat pada teknologi, bergerak kearah aras teknologi yang semakin tinggi; Ekonomi yang mempunyai hubungan perindustrian yang kukuh dan saling berkaitan dengan keseluruhan sistem; Ekonomi yang digerakkan oleh kuasa pemikiran, kemahiran dan ketekunan dalam menguasai kekayaan maklumat,dengan pengetahuan mengenai apa yang perlu dilakukan dan bagaimana melakukannya; Ekonomi yang mempunyai daya pengeluaran tinggi dan terus meningkat dalam hubungannya dengan semua faktor pengeluaran; Ekonomi keusahawanan yang berdikari, berpandangan luas, bersifat cergas dan berdaya usaha; Ekonomi yang dikekalkan dengan etika kerja contoh, kesedaran terhadap mutu dan usaha ke arah kecemerlangan; Ekonomi yang ditentukan sifatnya dengan kadar inflasi dan kos sara hidup yang rendah; dan Ekonomi yang dikuasai oleh disiplin dan kawalan 

Ramai antara kita dalam Majlis ini tidak akan berada di sana pada pagi 1 Januari 2020. Tidak ramai, rasa saya. Beban memastikan satu generasi dari sekarang, sudah pasti akan dilakukan oleh pemimpin yang kita. Tetapi kita mesti ankan tugas kita untuk yang kita mahukan. Dan marilah kita letakkan batu asas untuk mereka meneruskan pembinaannya.

1 comment:

  1. acane nak buat karangan bagaimana Malaysia mencapai status Negara maju?

    ReplyDelete