Apa itu kumpulan negara-negara G-8
bagaimana ianya bermula
Akibat daripada krisis ekonomi yang terjadi di awal tahun tujuh puluhan, Negara perindustrian utama yang mengamalkan sistem demokrasi memutuskan - atas jemputan Kerajaan Perancis - untuk mengadakan peringkat tertinggi untuk mencipta satu peluang atas tujuan pertukaran pandangan dan secara tidak formal untuk membincangkan langkah langkah yang mungkin boleh diterima pakai untuk menangani situasi ekonomi dan kewangan yang serius.
Pertemuan pertama,yang setelah itu akan berlangsung setiap tahun, diadakan pada tahun 1975, di Chteau de Rambouillet, di luar Bandar Paris. Acara ini dihadiri oleh Ketua Negara dan Kerajaan daripada enam negara utama industri: Presiden Perancis Valry Giscardd'Estaing, Chanselor Jerman Helmut Schmidt, Perdana Menteri Itali Aldo Moro,Perdana Menteri Jepun Takeo Miki, Perdana Menteri Inggeris Harold Wilson dan Presiden AS Gerald Ford.
Dari G6 untuk G8
Objektif awal "Kumpulan Enam" (G6) adalah untuk menggabungkan kekuatan ekonomi mereka untuk mengatasi krisis ekonomi pertengahan tujuh puluhan , dan kesan daripada krisis minyak pada khususnya, dan pembaharuan sistem kewangan antarabangsa yang sangat genting akibat kejatuhan sistem pertukaran mata wang berdasarkan dolar kepada emas Bretton Woods .
Dalam waktu kurang dari dua tahun, Kanada masuk pada tahun 1977 menukar G6 keG7. Masyarakat Eropah juga dijemput untuk hadir.
Showing posts with label ekonomi. Show all posts

Thursday, 1 March 2012
ekonomi/bisnes : Perbezaan antara Usahawan, Peniaga, Pelabur & Pencipta
Perbezaan antara Usahawan, Peniaga, Pelabur & Pencipta
Perbezaan dari segi:
Pengambilan risiko
Perkembangan perniagaan
1.Peniaga mengambil risiko yang rendah, manakala pelabur mengambil risiko yang tinggi.
2.Pencipta pula langsung tidak menghiraukan risiko.
3.Usahawan mengambil risiko yang terkira atau risiko sederhana.
4.Peniaga lebih berminat untuk meneruskan perniagaan dari hari ke hari kerana ia merupakan pendapatan harian.
5.Pelabur hanya berminat terhadap turun naik harga saham yang dipegang.
6.Pencipta mendapat kepuasan daripada ciptaannya. Kekayaan bukan motif utama.
7.Usahawan lebih menumpukan kepada pengukuhan perniagaan sedia ada serta merancang untuk mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih besar dan mencabar.

ekonomi: Teori KEUSAHAWANAN
Dalam bidang pengajian keusahawanan, tidak terdapat satu definisi usahawan yang konklusif kerana sifatnya yang merentas disiplin - (multi-disciplinary).
Secara amnya, takrif usahawan boleh dikelompokkan kepada empat kategori:
a.Ekonomi
b.Sosiologi
c.Psikologi
d.Pengurusan
Pertama: Perspektif Ekonomi
Mentakrifkan usahawan melalui sumbangan dan peranan yang dimainkan dalam pembangunan ekonomi. Contoh: pengagihan sumber ekonomi yang efisyen, penyediaan peluang pekerjaan, mencetuskan inovasi dll.
Kedua: Perspektif Sosial
Mentakrifkan usahawan sebagai satu generasi atau kelompok masyarakat yang menjadikan keusahawanan sebagai satu bidang kerjaya mandiri yang boleh mengubah status kehidupan. Contoh: survival masyarakat pendatang Cina, Indonesia dsbnya.
Ketiga: Perspektif Psikologi
Mentakrifkan usahawan dengan melihat kepada gelagat (behavior) serta ciri-ciri peribadi dan personaliti. Contoh: cara pengambilan risiko, punca kawalan diri, kehendak terhadap pencapaian, takut kepada kegagalan dsbnya.
Keempat: Perspektif Pengurusan
Mentakrifkan usahawan sebagai pengurus strategik di mana peranan usahawan ialah untuk memastikan perniagaan memperolehi keuntungan dan berkembang. Contoh: Alat-alat pengurusan strategik digunakan untuk mencapai objektif perniagaan.

SPM:Bersatu teguh demi menjana ekonomi ummah
Bersatu teguh demi menjana ekonomi ummah
DR. Yusuf al-Qaradawi dalam karyanya Aina al-Khalal pernah berkata: "Kekuatan ekonomi kita terbengkalai. Kita hidup di bumi Allah yang paling strategik, paling baik dan subur. Bumi yang paling banyak galian yang tersimpan dalam perutnya dan kekayaan yang bertebaran di atasnya. Malangnya kita tidak menggerakkan kekayaan kita, tidak bertani di bumi kita, tidak menghasilkan keluaran daripada galian sedangkan bahan mentahnya dikeluarkan dari bumi kita…jadilah kita dalam banyak keadaan pengguna bukan pengeluar, pengimpot bukan pengilang. Kadang kala kita menghasilkan produk yang kita tidak memerlukannya dan kita abai menghasilkan barangan yang sangat kita perlukan. Kita berbangga dengan memiliki kereta-kereta mewah antarabangsa, sedang kita tidak tahu untuk membuat basikal sekalipun."
Bunyinya pahit, tetapi ada benarnya. Apatah lagi dalam keadaan kita yang sudah lama terluka melihat penderitaan dan penghinaan yang dilakukan terhadap umat Islam di seluruh dunia. Krisis ekonomi yang melanda dunia kini menambah buruk keadaan ekonomi negara-negara Islam yang rata-ratanya menjadi pengguna daripada barangan hasilan tangan-tangan pengeluar bukan Islam.
Tidak dapat dinafikan bahawa kemakmuran sesebuah negara bergantung kepada kemajuan ekonomi, dan kekuatan ekonomi sangat bergantung kepada hasil usaha rakyat negara itu sendiri. Justeru, dalam kita menangisi keperitan saudara-saudara kita, sewajarnya kita terutamanya remaja bermuhasabah dengan kekuatan dan kelemahan yang kita ada dan seterusnya merencana strategi untuk memartabatkan ekonomi umat Islam supaya tidak terlalu bergantung kepada negara Barat.
Rasa tanggungjawab
Pada dasarnya, banyak kelebihan yang dapat dinikmati sekiranya umat Islam bersatu padu dalam menjana ekonomi umat sendiri, antara lainnya mereka akan mempunyai kuasa membeli yang tinggi kerana kapasiti jumlah umat Islam yang tinggi menjadikan keperluan barangan dan makanan juga tinggi.
Jika kuasa membeli ini dialirkan kepada membeli barangan yang dihasilkan oleh umat Islam sendiri, akan berlakulah kitaran ekonomi yang kuat di kalangan masyarakat Islam. Selain itu, umat Islam mempunyai ruang dan potensi yang luas untuk memajukan ekonomi sendiri dalam bidang makanan, minuman dan ubat-ubatan berdasarkan kewajipan untuk menggunakan produk-produk yang halal dan suci pembuatannya.
Sudah tiba masanya umat Islam menghasilkan produk dan barangan sendiri. Dalam menjayakannya, modal, idea dan tenaga sangat diperlukan dalam memajukan bidang ini. Para remaja wajar berasa terpanggil untuk menguatkan semangat untuk memajukan ekonomi umat Islam. Semangat untuk memajukan ekonomi umat Islam harus ditunjangi dengan kekuatan akidah yang kukuh dan rasa tanggungjawab untuk membangunkan umat.
Apabila rasa tanggungjawab untuk membantu umat mewarnai sikap seseorang remaja, maka secara tidak langsung ia akan membuatkan seseorang menjadi komited dan cekal dalam sesuatu bidang yang diceburi. Amat menyedihkan apabila hasil bumi negara sendiri dikaut oleh orang luar, dan tenaga muda yang ramai dan segar tidak dilatih untuk mengusahakan hasil bumi mereka dan hanya bergantung kepada kepakaran luar.
Remaja Islam harus bercita-cita tinggi untuk menjayakan matlamat ini dengan bersikap berani untuk meneroka bidang dan pasaran baru. Bidang perniagaan dan keusahawanan adalah bidang penuh dengan risiko dan cabaran, tetapi mendatangkan punca rezeki yang lumayan jika berhasil.
Setinggi nama Islam
Namun begitu, barangan yang dihasilkan mesti mempunyai kualiti yang tinggi seperti kerana ia bukan sahaja mencerminkan sesebuah jenama, tetapi juga menampilkan imej pengeluar. Apabila sesebuah produk mendapat kepercayaan pembeli, maka secara tidak langsung ia mengangkat imej pembuatnya.
Bayangkan jika barangan yang dihasilkan seseorang atau sebuah syarikat itu tidak bermutu dan berkualiti, agak sukar untuk mendapat kepercayaan pembeli untuk membeli barangan tersebut. Lebih malang lagi jika semua barangannya akan dilabel sedemikian rupa. Usahkan hendak bersaing di pasaran antarabangsa, di tempat sendiri pun tidak diterima.
Tidak dapat dinafikan bahawa penghasilan barangan yang berkualiti dikuatkan daripada penyelidikan dan program pembangunan yang konsisten dan bermutu. Melalui bidang penyelidikan, kualiti sesuatu barangan boleh sentiasa ditingkatkan, bukan sahaja untuk keuntungan perniagaan, malah untuk disebarkan untuk kebaikan ramai.
Oleh itu, remaja Islam wajar meneladani sikap para saintis dan cendekiawan terdahulu dalam menghasilkan sesuatu barangan dan penemuan yang bermutu. Tradisi penyelidikan Islam yang sangat mementingkan ketelitian dan komitmen yang tinggi telah berupaya membangunkan tamadun Islam yang maju suatu ketika dahulu. Dalam pada kita mengagumi ciptaan Barat, kita juga seharusnya berupaya untuk mencetuskan idea-idea dalam acuan kita sendiri.
Di negara kita, banyak peluang yang telah diteroka untuk membangunkan ekonomi umat Islam. Banyak organisasi yang ditubuhkan untuk membantu meningkatkan pendapatan dan merencana langkah-langkah strategik untuk menjana ekonomi umat Islam. Festival Ekonomi Islam yang berlangsung baru-baru ini telah membuka banyak peluang kepada usahawan tempatan untuk menampilkan produk mereka. Melalui pendedahan sebegini, ruang lingkup perniagaan dapat diluaskan.
Malah, remaja juga boleh didedahkan kepada selok-belok perniagaan supaya suatu hari mereka bakal menghasilkan suatu empayar perniagaan sendiri dan dapat membantu menjana ekonomi umat. Ia juga memberi peluang kepada usahawan-usahawan baru untuk menonjolkan bakat kepimpinan mereka. Idea-idea yang segar dan strategi yang bijaksana boleh ditampilkan daripada remaja agar barangan atau produk tidak hanya terhad kepada pasaran tempatan, tetapi juga terpasar di luar negara.
Kesimpulan
Cinta terhadap Islam bukan sahaja sekadar ritual dan pengucapan, tetapi juga keazaman yang tinggi untuk menjadikan umat Islam umat yang dipandang tinggi dan mulia dan tidak mudah dipijak dan dihina.
Dalam pada kita mengambil langkah untuk memulaukan jenama daripada Barat, kita mestilah bersedia dengan barangan keluaran kita sendiri agar langkah pemulauan tidak hanya bermusim.
Sesuatu produk keluaran, baik dalam bentuk barangan mahupun perkhidmatan sewajarnya diberikan dalam bentuk yang terbaik supaya tertampil dengan jenama dan kualiti tersendiri seperti tingginya nilai agama Islam itu sendiri.
Oleh NURUL IZZAH SIDEK

Labels:
bersatu,
BM,
contoh karangan,
ekonomi,
esei spm,
karangan,
menjana,
remaja,
SPM,
teguh,
ummah
Subscribe to:
Posts (Atom)