Labels

Showing posts with label bisnes. Show all posts
Showing posts with label bisnes. Show all posts

Thursday, 1 March 2012

economy: top 10 Fun Business Facts

1. The first owner of the Marlboro Company died of lung cancer. 

2. In most advertisements, the time displayed on a watch or clock is usually 10:10. 

3. Colgate's first toothpaste came in a jar. 

4. Duracell, the battery-maker, built parts of its new international headquarters using materials from its own waste. 

5. If Wal-Mart was classified as a country, it would be the 24th most productive country in the world. 

6.The founder of McDonald's has a Bachelor degree in Hamburgerology. 

7.Yahoo! was originally called 'Jerry's Guide to the World Wide Web'. 

8.The most productive day of the workweek is Tuesday. 

9.The creator of the NIKE Swoosh symbol was paid only $35 for the design. 

10.The first product that Sony came out with was the rice cooker.

ekonomi/bisnes : Perbezaan antara Usahawan, Peniaga, Pelabur & Pencipta


Perbezaan antara Usahawan, Peniaga, Pelabur & Pencipta


Perbezaan dari segi: 
Pengambilan risiko 
Perkembangan perniagaan 


1.Peniaga mengambil risiko yang rendah, manakala pelabur mengambil risiko yang tinggi. 

2.Pencipta pula langsung tidak menghiraukan risiko. 

3.Usahawan mengambil risiko yang terkira atau risiko sederhana. 

4.Peniaga lebih berminat untuk meneruskan perniagaan dari hari ke hari kerana ia merupakan pendapatan harian. 

5.Pelabur hanya berminat terhadap turun naik harga saham yang dipegang. 

6.Pencipta mendapat kepuasan daripada ciptaannya. Kekayaan bukan motif utama. 

7.Usahawan lebih menumpukan kepada pengukuhan perniagaan sedia ada serta merancang untuk mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih besar dan mencabar.

ekonomi: Teori KEUSAHAWANAN

Dalam bidang pengajian keusahawanan, tidak terdapat satu definisi usahawan yang konklusif kerana sifatnya yang merentas disiplin - (multi-disciplinary). 
Secara amnya, takrif usahawan boleh dikelompokkan kepada empat kategori: 

a.Ekonomi
b.Sosiologi
c.Psikologi
d.Pengurusan
 


Pertama: Perspektif Ekonomi 
Mentakrifkan usahawan melalui sumbangan dan peranan yang dimainkan dalam pembangunan ekonomi. Contoh: pengagihan sumber ekonomi yang efisyen, penyediaan peluang pekerjaan, mencetuskan inovasi dll. 

Kedua: Perspektif Sosial 
Mentakrifkan usahawan sebagai satu generasi atau kelompok masyarakat yang menjadikan keusahawanan sebagai satu bidang kerjaya mandiri yang boleh mengubah status kehidupan. Contoh: survival masyarakat pendatang Cina, Indonesia dsbnya. 

Ketiga: Perspektif Psikologi 
Mentakrifkan usahawan dengan melihat kepada gelagat (behavior) serta ciri-ciri peribadi dan personaliti. Contoh: cara pengambilan risiko, punca kawalan diri, kehendak terhadap pencapaian, takut kepada kegagalan dsbnya. 

Keempat: Perspektif Pengurusan 
Mentakrifkan usahawan sebagai pengurus strategik di mana peranan usahawan ialah untuk memastikan perniagaan memperolehi keuntungan dan berkembang. Contoh: Alat-alat pengurusan strategik digunakan untuk mencapai objektif perniagaan.