Labels

Showing posts with label sampel karangan upsr. Show all posts
Showing posts with label sampel karangan upsr. Show all posts

Friday, 2 March 2012

UPSR contoh Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara



Soalan : Kamu berpeluang menemuramah seorang bapa kepada sepasang anak kembar yang telah berjaya
menjadi doktor perubatan , semasa majlis penyampaian ijazah di Universiti Malaya. Cuba buat satu
temuramah itu dengan bertanyakan hal-hal yang berkaitan



( Setelah memperkenalkan diri kamu , maka kamu mengemukan soalan -soalan kepada Encik Karim )
Murid : Encik, sebenarnya bagaimana encik mengasuh kedua-dua anak kembar encik Faizul dan Faizal hingga berjaya menjadi doktor ?
En. Karim : Oh ! Saya pun tidak tahu bagaiman hendak menceritakannya. Hanya saya kira Tuhan merestui kami sekeluarga.
Murid : Boleh saya tahu bagaimana anak-anak encik ini belajar ?
En. Karim : Mmmmmmm, kalau fasal belajar , mereka memang sungguh berusaha. Hampir sepanjang waktu mereka asyik dengan buku sahaja. Kalau menonton televisyen itu jarang sekali. Kerap kali kalau menonton pun mereka menonton siaran berita sahaja.
Murid : Di mana mereka bersekolah ?
En. Karim  : Kesemuanya bersekolah di Sekoleh Kebangsaan Darau. Kemudian bersekolah menengah    di Sek. Men. Seri Nering, Jerteh. Semuanya mendapat pangkat satu di peringkat Sijil   Pelajaran Malaysia. Semasa itulah mereka mendapat tawaran dan meneruskan pelajaran   di Tingkatan Enam iaitu di Sekolah Tinggi, Jerteh. Apabila mereka lulus mereka belajar di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nah ! Sekarang mereka sudah lulus dan menjadi doktor.
Murid : Apakah perasaan encik sekarang ?
En. Karim  : Sudah tentu gembira sekali. Kami sekeluarga bersyukur di atas kejayaan gemilang itu .
Murid : Baiklah encik , saya berterima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk ditemubual.
En. Karim : Terima kasih kembali.
   ( Berjabat tangan dengan murid )

UPSR contoh Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara



Tajuk : Kawan kamu telah kehilangan duit. Dia suka menuduh orang lain tanpa usul periksa. Bagaimanakah
cara kamu menasihatinya ? Tuliskan perbualan di antara kamu berdua


( Kamu dan Azma berada di sudut kantin sekolah )
Malim :  Mengapa kamu bermuram saja, Azma ? Apakah kamu ada masalah ?
Azma :  Duit saya sebanyak sepuluh ringgit telah hilang Malim.
Malim  :  Macam mana boleh hilang ?
Azma :  Saya letakkan dalam beg. Balik dari rehat sahaja duit dah tak ada. Saya syak Tahir yang     curi,sebab waktu rehat dia tak keluar.
Malim :  Bukankah cikgu selalu menasihati agar duit jangan ditinggalkan dalam beg.  Sekarang sudah  hilang, mengapa pula menuduh tanpa usul periksa ?
Azma :  Jika bukan Tahir, siapa lagi ? Saya pasti memang Tahir ! Dia dengkikan saya  !
Malim  :  Jangan sesekali serkap jarang. Jika bukan dia, bagaimana kita mahu tutup  muka kita ? Baik kita jumpa Cikgu Zaidi. Guru disiplin itu boleh membantu kita.
Azma :  Betul juga kata kamu, Malim. Saya berasa bangga mendapat kawan   macam  k amu

UPSR contoh Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara


TAJUK
Andaikan bahawa anda menyertai pertandingan syarahan.Dalam pertandingan itu anda telah mendapat 
tempat kedua.Anda telah dikalahkan oleh peserta bukan melayu.Anda ingin mengucapkan tahniah dan 
menyatakan perasaan kagum anda akan kebolehannya.Tulislah dialog anda selengkapnya



( Siva sedang asyik membaca sebuah buku cerita di perpustakaan sekolah )

Azman :  Tahniah,Siva,kerana kamu berjaya dalam pertandingan syarahan itu.

Siva :  Terima kasih.Saya berharap supaya kejayaan ini akan menaikkan semangat pelajar -pelajar bukan  Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.

Azman :  Saya kagum melihat kamu bersyarah pada hari ini.Setiap perkataan yang awak ucapkan jelas dan
 lancar.Bagaimanakah  cara kamu mempelajari bahasa melayu ?

Siva :  Keluarga saya menggalakkan saya membaca buku-buku bahasa melayu yang bermutu .Di  samping itu,saya mempelajari  tatabahasa dengan baik.Saya selalu membuka kamus  untuk  mempelajari ejaan dan makna kata-kata yang saya baca. Saya melatih diri saya menggunakan  bahasa baku apabila membaca atau bercakap

Azman :  Kalau begitu ,tidak hairanlah saya apabila kamu berjaya mengalahkan saya dan beberapa pelajar  Melayu yang lain dalam pertandingan itu.Saya malu,Siva.

Siva :  Mengapa ?

Azman :  Selama ini saya menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mudah kerana itu  adalah
                bahasa ibunda saya.Rupa-rupanya saya silap.

Siva :  Baguslah,Azman,kalau kamu sudah sedar.Sama-samalah kita belajar menguasai bahasa
                kebangsaan negara kita

Azman :  Ya,baiklah ,Siva..

UPSR:contoh karangan UPSR: karangan jenis biografi. :


Soalan
Pada cuti semester yang lalu anda telah tinggal bersama-sama pakcik anda. Pakcik anda itu penoreh getah. 
Ceritakan kehidupan seharian pekacik anda itu dalam bentuk karangan.





Pakcik saya penoreh getah. Rumahnya tidak jauh dari sebuah kebun getah. Kebun getah itu
kepunyaan dirinya sendiri.

Setiap hari, pagi-pagi lagi dia sudah keluar dari rumahnya untuk pergi menoreh. Dia menunggang
sebuah basikal.

Pakcik saya memakai topi yang berlampu suluh di kepalanya. Tujuannya supaya kerja -kerja emnoreh
getah dapat dilakukan walaupun keadaan masih gel ap. Dia menoreh getah dari sebatang pokok ke sebatang
pokok getah yang lain sehinggalah kerja-kerja menoreh itu selesai dijalankan.

Sejam kemudian, pakcik saya akan mengumpul susu getah yang telah bertakung di dalam sebuah  mangkuk setiap pokok getah yang ditorehnya tadi. Susu getah dikumpul ke dalam sebuah baldi kecil. Apabila
baldi kecil itu penuh, dia akan memindahkan susu getah itu ke dalam sebuah takungan besar.

Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, pekerjaan itu pun selesai. Pakcik saya akan menghant ar susu
getah yang telah terkumpul itu ke pusat penjualan.

UPSR:contoh karangan UPSR Karangan Jenis Autobiograf: Tajuk : Aku sehelai baju


 Tajuk : Aku sehelai baju

Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah
patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.

Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadia bernama Linda. Linda
memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji
kecantikan yang aku miliki.

Selang beberapa bula, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia
mengambil seterika lalu menggosokku.

Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk
menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku hanya
mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.

Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Tetapi sudah terlambat
kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.